Followers

Sunday 5 June 2011

..:: FlYinG 2 SaRaWak ::..

Assalamualaikum kawan-kawan,




    Hari ni br ada masa aku nak update blog ni. Dari minggu lepas direct tiap2 hari aku sibuk.. time cuti sekolah ni ramai org kawin ujung minggu aku gi shoot wedding dgn member aku. Alhamdulillah byk pengalaman dan ilmu yg aku dapat. Lagi satu aku beruntung dapat member2 yg tidak kedekut ilmu dan memberi aku pengalaman jd first fotografer. Fuh... memang mencabar jd first fotografer ni.. sbb kena post pengantin. Pengalaman yg betul2 berharga. Sebelum ni aku jd 2nd Fotografer, 2nd fotografer ni pada pendapat aku byk shoot gambar close-up dan moment disamping shoot pose.       

    Kali ni aku nak antar gambar-gambar yg aku shoot di Kuching, Sarawak. Auk...hehe.. Sik da tauk....Best pegi Kuching Sarawak ni. Yang mn belum pegi tu cuba2 la search intenet ke laman web fire fly atau air asia, mn la taukan ade tambang murah ke sana... Ceritanya mcm nie. Pada bulan 8 tahun lepas, housemeet aku Din dah rancang nak pegi kenduri kawin member dia kat Kuching. Jadi aku mengambil peluang nie utk ikut Din pegi Kuching, Sarawak (Negeri last yg aku x penah pegi dalam M'sia)..hehehe.. Kebetulan plak tambang flied time tu murah gile.. Korang semua bayangkan siape x mau pegi Kuching kalau tiket pegi balik hanya RM18 jer sekali ngan cukai.. rugi la sape yg tolak... Kami booking tiket Fire Fly.. ok ni pemandangan dr dalam kapal terbang...Subhanallah cantiknya...




  Aku pegi bulan 3 tahun 2011, kami pegi 3 hari 2 mlm dan menginap di Arif Hotel. Hari pertama kami pergi ke Serikin, Kebetulan tunang Din ade member menetap Bako. Jd member tunang din tu la yg bawak kami pusing Kuching. Gambar2 suasana di Sarikin..Layan...



Ramainya pelancong... cantik x awan nano?...huhu

Gerai jual kerepek, Kerepek Bandung?????


Antara pelancong tempatan yg ade di tempat kejadian...hehehe



Bunyi gitar, Irama Twis.. Tidak Sabar Si Gadis manis....
Antara barang2 Antik yg dijual di Sarikin


    Ok, hari ke-2  kami pegi kenduri member din kat kuching. Untuk pengetahuan korang semua, pengantin ni member opis Din. Jd pada hari tersebut ramai jugak member2 opis din(org semenanjung) dtg ke kenduri ni.   Awal betul kami makan kat kenduri tu, pukul 11 pagi dah makan.. Meriah, ni gambar Pengantin dan member opis Din yg datang dr semenanjung ...

       Pada petang tu pulak kami pegi kampung Bako, kampung member tunang Din. Untuk pengetahuan semua, pihak bot ade menyediakan perkhidmatan bot untuk ke Taman Negara Bako. Jika anda nak kesana lebih elok bermalam disana kerana Taman Negara Bako ade menyediakan Chelet. Kami sik pegi Taman Negara Bako sbb dah lewat Lagipun nak ujan. So kami sempat menyusuri Sungai Bako jer dgn menaiki bot tambang ...hehehe... itu pun best... :)




      Mula-mula kami dapat tahu tiada bot yg bleh bawak kami menyusuri sungai Bako kerana waktu tu cuaca mendung. Tp memandangkan member tunang Din anak jati Kampung Bako, sudah pasti la dia kenal dgn pemandu bot tambang tu, mujurlah ada sebuah bot tambang ada. Jd kami dapat menaiki bot tambang dgn menyusuri sg Bako. Best2... :)  
 
Best2  x  sabar naik perauk tambang.. auk..



Keriangan terpancanr di setiap raut wajah kami semua.. auk...


Penduduk kampung Sg Bako menggunakan perauk tambang ke kmpg seberang.



Cuaca mendung pada hari itu..


Nelayan Sedang memancing ikan

Bot2 ( perahu2 ) parking di tepi sg Bako