Followers

Friday 20 May 2011

''..ShOot MalaM At PutRaJaya..''


  .
                                                                   Masjid Putra



 
Shoot aku amik dekat tengah2 bangunan pricent 2 menuju ke JPM.

Slow Shutter.... Gambar nie aku try 10 kali br jadi... Berpeluh nak buat gambar macam nie...hehehe... 

*Jambatan Seri Wawasan

Pemandangan dr atas Jambatan Seri Wawasan







Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi 


Pemandangan dr atas Jambatan menuju ke PICC, Putrajaya.

Jambatan Seri Saujana

    Fuhhh.... ape pendapat korang pasal gambar2 yg aku shoot nie. Komen dan Critic korang diperlukan..hehehe... (Sy budak baru belajar bro :D). Untuk pengetahuan korang aku pegi shoot ni dgn sifu aku org Sabah bah..Razi namanya. Mantob dia nie..Hehehe.. Memang enjoy la shoot malam tu. Yg best sekali aku dapat shoot gambar " Jambatan Seri Wawasan" (ade dlm gambar diatas yang tanda *)time aku shoot gambar nie angin x ade, sbb tu nampak shadow jambatan tue. Bertuahkan aku mlm tue..kankankan hehe..  :D

    Ok la.. kengkawan aku ade hal sikit. Nanti aku free aku creat entry dan gambor2 yg menarik lagi. Ok.. Amigos.... 

My PiCtuRe ^ _ ^ & Hobi

     Aku mula meminati bidang fotografi dan multimedia kerana bidang ini selain dijadikan hobi, aku juga dapat belajar  menghargai khazanah alam semulajadi yg begitu bernilai di negara kita ini. Contohnya kawasan hutan yg kaya dengan flora dan fauna. Aku boleh amik gambar binatang2 dalam hutan, di tepi pantai, kawasan luar bandar dan kawasan bandar. 

     Disamping itu juga aku dapat merakam detik2 manis, bahagia, sukaduka dan detik bersejarah yg berlaku disekeliling kita ( time shoot wedding..hehe) . Aku juga suka ambil gambar lanscape contohnya tasik, sungai dan laut. Dengan ini, kita dapat menghayati betapa agungnya ciptaan Allah SWT yg begitu indah dan tiada bandinganya (Subhanallah). Aku juga rasa beruntung sbb dengan kemera la aku dapat pergi ke merata tempat diseluruh Malaysia ( seluruh dunia insyallah klu ade rezeki. Amin) dapat tahu adat istiadat org2 yg berlainan negeri, dapat mencuba makanan yg x pernah aku makan sebelum nie dan dapat byk pengalaman hidup yg begitu bermakna untuk diriku.  

     Ini lg satu pengalaman yg aku dapat dalam ceburi bidang ni.... korang semua nak tau kan ape dia... ok2 aku cerita... sblm aku ceburi bidang ni.. aku adalah seorg yg sgt pemalu..(member2 sure x percayakan.. hehehe) tambah2 dgn org yg aku x kenal. Tp skrg aku sudah jd seorg yg peramah dan menjadi seorg yg lebih yakin. Ok, sejak aku photoshoot gambar wedding aku menjadi begitu byk cakap... sbb nak jd seorg photog wedding korang perlu berkomunikasi secara berkesan dgn pasangan pengantin, nak buat pose duduk la berdiri la kan. Dgn cara ini korang akan dapat merakam gambar yg korang mahu serta dapat merakam satu detik dan kenangan yg tidak dapat dilupakan oleh pasangan pengantin. 

      Aku akan menjadi seorang "photog" yg sentiasa akan belajar dalam bidang  fotografi dan multimedia. So kepada blogger2 yg mempunyai hobi fotografi ini teruskanlah kerana bidang ini bukan sekadar hobi, kita boleh jdkan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan kita.

'KeeP iT uP Guys'    =)

Thursday 19 May 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera bloger sekalian ......

      1st aku nak ucapkan terima kasih 2 abam senin a.k.a Bro Monday yg telah sudi mengajar aku dan mengalakkan aku berkecimpung dalam dunia blog ni. Best2.. Sebenarnya x sabar rsanya nak berbloger ni... hehe.. Selain dr hobi, tujuan aku bukak akaun blog untuk memperkenalkan hasil2 photoshoot ataupun gambar2 dr group SR Photography. 


      Ok aku nak cita sikit pasal SR Photography ni yer... kami adalah satu group photografer yg menawarkan khidmat photoshoot majlis wedding, pertunangan, cukur jambul, birthday dan lain2 majlis lg. Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau pun melihat pakej2 yg kami tawarkan utk majlis wedding korang, korang leh la layari laman web fb kami di  https://www.facebook.com/pages/SR-Photography/133037913430158.(sementara aku uploud pakej2 dan gambar2 dalam blog niee.hehe..tunggu tau..)  Kami menawarkan pakej yg berpatutan dan kami berharap semoga memori dan saat manis korang menjadi satu kenangan abadi. Terima kasih. ^ _ ^


       Ok cukup la setakat ini dulu coretan dr aku, salam perkenalan kepada blogger semua. Aku harap korang dapat berkongsi information2 yang berguna dalam dunia maya ini.


Sekian, Assalamualaikum... (' ',)